Dato’ Siti Nurhaliza Idam Miliki Farmasi, Bakal Keluar Pewangi Dengan Jenama Sendiri

Oh tidak. Bukan kisah Dato’ Siti Nurhaliza lagi. Tahun 2012, kita semua perlu isytihar yang Januari sebagai bulan Siti Nurhaliza. Heh.

Seperti biasa, ini kisah ringan buat tatapan anda semua yang sedang bercuti sempena Tahun Baru Cina.

Kepada anda yang terpaksa, atau di’paksa bekerja, kami tahu akan perasaan anda & membaca gossip di’sini menurut kajian boleh untuk mengurangkan kesedihan anda.

Dalam temubual terbaru bersama media, Dato’ Siti Nurhaliza ada berkata tentang minat beliau akan kedai dengan konsep farmasi.

Dan, jika ke pusat beli belah, farmasi adalah satu lokasi yang mana Dato’ Siti Nurhaliza mampu habiskan banyak masa untuk melihat apa produk baru yang berada di pasaran — mungkin ilham untuk produk keluaran sendiri.

Oleh kerana minat itu, Dato’ Siti Nurhaliza ada meluahkan hasrat untuk suatu hari nanti menjadi pemilik farmasi.  Teruskan Membaca

Siti Nurhaliza Lancar Produk Terbaru, Bakal Adakan Konsert Promosi Album Di Australia

Eh. Meriah pula dunia hiburan kita dengan kisah Dato’ Siti Nurhaliza sejak beberapa hari ini. Harapan kami anda tidak kisah.

Menurut satu e-mail rasmi yang kami terima dari SimplySiti petang tadi, Dato’ Siti Nurhaliza bakal memperkenalkan barisan produk kecantikan baru di’bawah jenama SimplySiti tidak lama lagi.

Mengambil nama Dermagic (yang mungkin gabungan dermatologi + magic), barisan produk baru ini mengandungi Plant Endorphin yang akan membantu kulit anda tidak tertekan & membantu anda untuk lebih gembira. Hmm.

Mungkin kerana kami ini lelaki maka pemahaman kami terhadap istilah dari dunia kosmetik ini agak kurang dan mungin sampai masa’nya untuk kami memiliki penulis perempuan. Siapa mahu?  Teruskan Membaca

Gambar: Transformasi Siti Nurhaliza Persis Madonna Untuk GLAM Edisi Khas

Walaupun imej di’sebelah bukan satu idea asal namun ia’nya imej terbaik & paling elegan Dato’ Siti Nurhaliza sehingga hari ini.

Majalah GLAM edisi khas Januari 2012 berjaya menampilkan sesuatu yang berlainan dalam gaya penyanyi nombor satu negara ini — sofistikated.

Muka hadapan GLAM versi Dato’ Siti Nurhaliza ini di’ilhamkan dari penampilan Madonna menerusi lagu hits 80′an, Lucky Star.

Untuk edisi Januari 2012, GLAM akan menampil empat versi muka hadapan yang berbeza untuk koleksi peminat hiburan & fesyen Malaysia sebagai pembuka tirai tahun 2012 yang sangat di’nantikan.

Anda bagaimana? Setuju dengan penampilan khas Dato’ Siti Nurhaliza untuk GLAM Januari 2012 ini — atau anda sudah terkilan rambut beliau sudah berubah warna dan bukan bertudung? Hmm.

Video: Siti Nurhaliza Lancarkan Video Klip Rasmi Falling In Love

Beberapa hari lalu, ada dengar dengar mengatakan video klip rasmi terbaru Siti Nurhaliza telah bocor ke’internet untuk beberapa jam sebelum di’tarik balik.

Hari ini, video klip rasmi untuk single Falling In Love sekali lagi kelihatan tetapi kali ini versi penuh dan bukan dari akaun rasmi Youtube Siti Nurhaliza, Siti Digital.

Video muzik yang berlatarbelakangkan pusat membeli belah untuk orang orang kaya Malaysia, Pavilion ini berkonsepkan santai & menampilkan ratusan penari professional.

Kami juga tidak pasti sama ada ini merupakan pelancaran rasmi video muzik ini atau seseorang dalam produksi Siti Nurhaliza membocorkan ke internet lebih awal.

Kami sempat berada di lokasi penggambaran video muzik ini sekitar pertengahan September lalu & tidak sangka sebulan selepas ianya di’rakamkan, produksi sudah berjaya membawakan versi penuh ke Youtube. Teruskan Membaca

Video: Persembahan Live Siti Nurhaliza Ketika Pelancaran Album Inggeris

Mari kita teruskan demam Siti Nurhaliza untuk hari ini dengan video persembahan live Siti Nurhaliza ketika pelancaran album Inggeris pertama beliau All Your Love semalam.

Kami pasti persembahan pertama untuk lagu Falling in Love adalah 100% live tetapi kami juga agak pasti yang lagu kedua berjudul Remember You yang menampilkan nyanyian bersama Sean Kingston merupakan miming.

Seperti kami katakan dalam entri sebelum ini, kami sukakan lagu duet Siti Nurhaliza & Sean Kingston yang pada kami memang di’luar kebiasaan Siti Nurhaliza — dan mampu untuk popular.

Cakap banyak pun tiada guna’nya, tonton video persembahan live di’atas dan kalau berani, kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Lontarkan pendapat yang jujur dan ikhlas please. Teruskan Membaca