Ini mungkin entri terakhir yang kami tulis malam ini untuk berita Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 25 (ABPBH25).

Aaron Aziz seperti di’jangka ramai pihak berjaya membawa pulang trofi paling berprestij Artis Paling Popular ABPBH25 yang penilaian untuk sepanjang tahun 2011.


Pelakon utama filem Ombak Rindu ini juga berjaya membawa pulang anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular walaupun tewas mengejut kepada Fizz Fairuz dalam kategori panas Pelakon TV Popular.

Kalau anda inginkan keputusan penuh pemenang majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 25, ini senarai penuh untuk anda semua. Kalau kalau anda terlupa siapa menang apa sebentar tadi. Gambar?

Tatap wajah wajah selebriti kesayangan anda di karpet merah majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 25 melalui dua bahagian eksklusif hanya di Rotikaya.com. Ini bahagian pertama & kedua. Enjoice!