fbpx

Gambar: Di Sebalik Tabir Pembikinan Video Klip Baru Siti Nurhaliza

Sebentar tadi, wakil kami sempat berada di lokasi penggambaran video klip terbaru penyanyi nombor satu Malaysia, Siti Nurhaliza.

Pembikinan video klip untuk lagu Falling In Love ini bertempat di ruang legar pusat membeli belah Pavilion Kuala Lumpur dan melibatkan hampir 500 orang penari professional.

Siti Nurhaliza bakal muncul dengan album Inggeris pertama, All Your Love untuk pasaran antarabangsa 25 September ini dan pembikinan video klip ini sebahagian strategi untuk mempromosi album terbaru tersebut.

Kami akan membawakan video eksklusif di’sebalik tabir pembikinan video klip ini sebelum tengah malam dengan harapan kami tidak di’saman mana mana pihak. Jadi, stay tuned!

Album Inggeris Siti Nurhaliza turut menampilkan lagu duet penyanyi itu bersama Sean Kingston untuk lagu Remember Me. Lagi gambar pembikinan video klip Falling In Love selepas ini. Enjoice