fbpx

Sebelum ini, pelakon Rita Rudaini dilihat ada memuat naik hantaran susulan tindakan Aliff Aziz enggan melafazkan cerai terhadap isterinya, Bella Astillah.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Rita berkata dia juga pernah melalui nasib yang sama seperti Bella. Malah Rita turut meminta ibu kepada Aliff untuk menasihati anaknya supaya berpisah jika tidak sukakan Bella.

BACA: Ibu Aliff Aziz Saran Netizen Kejar Amalan 10 Malam Terakhir Ramadan

“Lawak.Bro, sis dah lalui benda ni semua dulu. Dah curang, dah salah lepas tu tak nak cerai sebab ada game.

“Yang mak mentua hang pun sama. Hang dah tak suka, nasihatlah anak kesayangan hang tu suruh cerai. Bawa balik anak-anak tu frame elok-elok. Ni lah family Npd + Toksik. Tak payahlah Bella, kang tak pasal- pasal dapat penyakit,” tulisnya.

Dalam pada itu, Rita turut berkata kepada Bella Allah sudah sediakan jalan keluar kepadanya serta percaya bahawa ada perancangan yang lebih baik.

“Nanti mental hampa yang rosak macam depa (mereka). Dah Bella, keluarlah. Allah dah sedia jalan untuk keluar sebab Allah dah ada perancangan yang lebih baik,” katanya.