fbpx

Christyle: Album Siti Nurhaliza Lambat Bukan Salah Sean Kingston

Ingat lagi beberapa hari lalu kami laporkan Sean Kingston punca album Inggeris Siti Nurhaliza lambat ke pasaran?

Hari ini, penulis lirik semua lagu dalam album tersebut tampil memberi kenyataan mengejutkan banyak pihak.

Christyle atau nama sebenarnya Christian Alexander mendakwa pihak sebelah Siti Nurhaliza lambat menawarkan kontrak & bayaran penuh kepada beliau.

Sean Kingston di’katakan telah menerima bayaran penuh beliau dari pihak Siti Nurhaliza walaupun lewat beberapa minggu namun Christyle hanya menerima bayaran minimum.

Selain masalah bayaran yang belum langsai, Christyle mendakwa belum menerima sebarang kontrak rasmi seperti di’janjikan sejak Disember 2010.

“Apa yang berlaku sekarang, membuatkan saya seperti tidak dihargai. Saya hanya mahukan kontrak saya, agar album ini dapat dilancarkan dengan lancar,” kata Christyle kepada Murai.com.my hari ini.

Christyle mendakwa telah membawa perkara ini ke meja undang undang melalui pihak peguam beliau & pihak Siti Nurhaliza juga sudah melakukan perkara sama.

Sekarang, kita nantikan jawapan dari sebelah pihak Siti Nurhaliza pula. Hmm.