fbpx

Tindakan Bella Letak Recorder Adalah Tindakan Bijak – Peguam

Peguam, Wan Azliana Wan Adnan berkata tindakan penyanyi dan pelakon Bella Astillah meletakkan perakam suara di dalam kereta suaminya, Aliff Aziz disifatkan tindakan bijak bagi mencari bukti.

Memetik Harian Metro, Azliana berkata rakaman suara boleh dijadikan bukti suami nusyuz, curang atau tidak bertanggungjawab untuk digunakan di mahkamah.

BACA: “Laki Kau Goda & Ayat Budak Mentah Tu” – Ahli Keluarga Di Sabah Hentam Bella Astillah

“Di mahkamah, sekadar beri keterangan suami curang, suami tidak bertanggungjawab memang tidak cukup. Perlukan bukti, beberapa saksi untuk menyokong dakwaan isteri mengenai dakwaan curang.

“Isteri boleh mengemukakan dokumen seperti gambar, surat, rakaman CCTV (kamera litar tertutup) dan rakaman suara pula memang bagus kalau ada dan (ini semua) boleh menguatkan lagi kes di mahkamah,” katanya.

Sementara itu, Azliana berkata tindakan Bella mencari bukti terhadap dakwaan suami yang curang lebih 10 kali adalah wajar untuk mendapatkan keadilan dan menuntut hak sebagai isteri.

“Bella seorang yang sangat penyabar dan pemaaf walaupun dicurangi suami lebih 10 kali dan curang dengan adik ipar sendiri. Janganlah tuduh Bella buka aib suami.

“Akhirnya dia bersuara untuk mempertahankan maruah diri sebagai isteri selepas dimalukan berkali-kali dengan isu suami curang dan ditangkap khalwat,” katanya.

Dalam pada itu, Azliana berkata penggunaan alat perakam mahupun alat navigasi peta Global Positioning System (GPS) boleh ditunjukkan kepada mahkamah sebagai bukti.

SUMBER: Harian Metro