fbpx

“Esok Aku Mati Pun Tak Mahu Naik Batu Bagai” – Kak KM

Sempena bulan Syawal, usahawan sensasi, Kak KM atau Liana Rosli dilihat memuat naik video menziarahi puasa arwah bapanya yang telah pergi buat selamanya.

Menerusi Instagram, Kak KM berkongsikan sikap bapanya yang tiada rasa busuk hati mahupun iri hati terhadap orang lain. Malah, Kak KM menyifatkan bapanya seorang yang baik.

BACA: Kak KM Syukur Barang Kemas RM2.1 Juta Berjaya Ditemui

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Liana Rosli (@lianarosli_official)

“Arwah papa Rosli orang baik yang takde dosa sesama manusia… taktau nak busuk hati, iri hati apatah lagi dengki

“Dia orang baik ya Allah semoga Kau tempatkan papa Rosli dikalangan orang-orang beriman dan tempatkan papa di tempatkan syurga Mu ya Allah,” tulisnya.

Sementara itu, Kak KM berkongsikan pusara bapanya hanya bertanda batu nisan sahaja. Malah, dia juga sudah berpesan kepada anak-anaknya jika dia pergi suatu hari juga mahu dilakukan perkara yang sama.

“Kat sini memang tak ada siapa bole buat tanda naik batu bagai… satni ingat aku tak mampu pulak… Korang yang kubur elok-elok macam rumah banglo melawat tak..? Aku pesan siap dah dekat anak-anak esok aku mati pun tak mahu naik batu bagai,” tulisnya.