fbpx

Video: Sebalik Tabir Pembikinan Video Klip Falling in Love, Siti Nurhaliza

Semalam kami berjanji untuk menyiarkan rakaman di’sebalik tabir pembikinan video klip Siti Nurhaliza sebelum tengah malam, namun kerana keletihan pagi ini baru kami mampu menyiapkan video.

Bunyi macam susah tetapi 15 minit sahaja kami ambil untuk satukan semua video yang berjaya kami rakamkan di lokasi, Pavilion Kuala Lumpur.

Seperti anda sudah sedia maklum, Siti Nurhaliza & crew menjalankan penggambaran video klip terbaru untuk lagu Falling in Love semalam. Falling in Love adalah salah satu single dalam album Inggeris pertama Siti Nurhaliza, All Your Love.

Album yang akan berada di’pasaran 25 September ini turut menampilkan Sean Kingston sebagai artis undangan menerusi sebuah lagu berjudul Remember Me.

Video belakang tabir pembikinan video klip Falling in Love selepas ini untuk anda nikmati. Enjoice selagi surat peguam dari pihak Siti Nurhaliza belum kami terima. #LOL

*Video masih di’proses oleh pihak Youtube, harap bersabar*