fbpx

“Kalau Betul Sayang, Kenapa Buka Aib Saya?”

Pelakon Bella Astillah mempersoalkan kenyataan suaminya, Aliff Aziz yang enggan melafazkan cerai kerana masih sayangkan dirinya.

Memetik Oh Bulan, Bella berkata jika benar Aliff sayangkannya aktor itu tidak sepatutnya membuka aibnya bersama pelakon Muaz Zabir.

BACA: Bella Astillah Tak Sangka Aliff Aziz Enggan Cerai

“Macam tadi dia cakap dia masih sayangkan saya dan anak-anak. Kalau betul dia masih sayang, kenapa dia buka aib saya? Sedangkan saya simpan aib itu sampai ke mati,” katanya.

 Dalam pada itu, Bella enggan memberikan komen sama ada Aliff enggan melafazkan talak kerana berdendam kepadanya.

“Wallahualam saya tak ada apa-apa komen mengenai perkara itu sebab kita tak tahu hati orang lain macam mana kan?” kataya.

Terdahulu, Aliff enggan bercerai dengan isterinya dan susulan itu mahkamah menetapkan 4 Jun ini sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

SUMBER: Oh Bulan