fbpx

Fathia Latiff Kongsi Gambar Main Basketball Jadi Perhatian

Sejal awal tahun ini penampilan pelakon kontroversi, Fathia Latiff menjadi perhatian apabila tampil dengan imej tidak bertudung.

Apabila ditanya mengenai alasannya tidak berhijab, Fathia berkata dia sudah menemui dirinya. Malah, Fathia berkata dia tidak peduli dengan kritikan dan kecaman netizen mengenap pernampilan terbarunya itu.

BACA: Fathia Latiff Tak Terkesan Dikecam Buka Tudung 

Terbaru, perkongsian Fathia menjadi perhatian apabila memuat naik beberapa keping gambar memaparkan dia sedang bermain bola keranjang dengan mengenakan pakaian ketat berwarna hijau hingga menampakkan lurah dadanya.

Menerusi ruangan komen, seperti sudah dijangka ramai yang terkejut dengan penampilan pelakon tersebut tidak kurang juga ada yang berharap agar Fathia kembali ke pangkal jalan.

Bagaimanapun, hasil tinjauan Fathia telah pun menutup ruangan komen gambar-gambar berkenaan daripada netizen.

SUMBER: Ohmymedia