Mari kita teruskan demam Siti Nurhaliza untuk hari ini dengan video persembahan live Siti Nurhaliza ketika pelancaran album Inggeris pertama beliau All Your Love semalam.

Kami pasti persembahan pertama untuk lagu Falling in Love adalah 100% live tetapi kami juga agak pasti yang lagu kedua berjudul Remember You yang menampilkan nyanyian bersama Sean Kingston merupakan miming.

Seperti kami katakan dalam entri sebelum ini, kami sukakan lagu duet Siti Nurhaliza & Sean Kingston yang pada kami memang di’luar kebiasaan Siti Nurhaliza — dan mampu untuk popular.

Cakap banyak pun tiada guna’nya, tonton video persembahan live di’atas dan kalau berani, kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Lontarkan pendapat yang jujur dan ikhlas please.