fbpx

Eh. Meriah pula dunia hiburan kita dengan kisah Dato’ Siti Nurhaliza sejak beberapa hari ini. Harapan kami anda tidak kisah.

Menurut satu e-mail rasmi yang kami terima dari SimplySiti petang tadi, Dato’ Siti Nurhaliza bakal memperkenalkan barisan produk kecantikan baru di’bawah jenama SimplySiti tidak lama lagi.

Mengambil nama Dermagic (yang mungkin gabungan dermatologi + magic), barisan produk baru ini mengandungi Plant Endorphin yang akan membantu kulit anda tidak tertekan & membantu anda untuk lebih gembira. Hmm.

Mungkin kerana kami ini lelaki maka pemahaman kami terhadap istilah dari dunia kosmetik ini agak kurang dan mungin sampai masa’nya untuk kami memiliki penulis perempuan. Siapa mahu? 

Dalam perkembangan berkaitan, Dato’ Siti Nurhaliza di’khabarkan sudah pun merancang satu siri konsert untuk mempromosikan album Inggeris beliau, All Your Love yang mendapat sambutan hangat di Malaysia & Singapura.

Bukan siri konsert jelajah untuk kedua dua negara itu, tetapi di negara tempat kelahiran album itu sendiri — Australia. Bertuah orang sana dapat menonton Siti Nurhaliza adakan konsert untuk promosi album.