fbpx

Gambar: Siti Nurhaliza Hiasi Pancaindera & Koleksi Kosmetik Khas Raya

Jarang jarang untuk kami paparkan wajah muka hadapan untuk sisipan akhbar & kali ini pun kami berminat dek kerana ia'nya menampilkan selebriti berpengaruh Dato' Siti Nurhaliza.

Sisipan Pancaindera bersama Mingguan Malaysia hari ini memaparkan kisah nostalgia berpuasa Siti Nurhaliza yang kami rasa sudah saban tahun di'ulang tetapi tetap menarik.

Dato' Siti Nurhaliza berkongsi cerita tentang bagaimana beliau menjaja kuih di'sekitar kediaman sepanjang Ramadhan dan pernah curi curi minum air paip kerana dahaga.

Berbicara tentang sambutan Aidilfitri, Siti Nurhaliza mengakui yang beliau belum membuat sebarang persiapan kerana masih awal & belum pun memutuskan untuk beraya di'mana.

Dalam dunia perniagaan, selebriti yang tampil dengan jenama SimplySiti ini akan mengeluarkan satu koleksi kosmetik khas bersempena Aidilfitri dengan kerjasama Habib Jewels.

Di'beri nama Bejeweled, siri koleksi kosmetik ini akan tampil dalam dua koleksi, Sapphire dan Ruby. Mengambil kecantikan permata sebagai ilham, koleksi ini di'rumus khas dengan permata berlian, delima dan mutiara sebenar. Kisah lanjut, dapatkan naskah Mingguan Malaysia anda hari ini.

zp8497586rq