fbpx

Sean Kingston Punca Album Baru Siti Nurhaliza Lambat Ke Pasaran

Baru ingat mahu terjah pelancaran album terbaru Siti Nurhaliza walaupun tidak di’jemput. Kena tunda niat kami.

Pelancaran album Inggeris pertama Siti Nurhaliza, All Your Love sepatutnya berlangusng Jumaat ini namun semuanya terpaksa di’tunda ke 25 September.

Semua itu gara gara masalah di pihak Sean Kingston yang lambat menghantar audio rakaman terakhir dari sebelah sana.

Siti Nurhaliza merakamkan lagu duet bersama Sean Kingston berjudul Remember Me dan menurut Siti Nurhaliza semuanya sudah siap sekarang dan jika tiada aral melintang, tarikh 25 September adalah pasti.

Dalam temubual bersama mStar Online, Siti Nurhaliza turut berkata rakaman video klip pertama untuk album Inggeris ini akan berlangsung Isnin ini di’sekitar Pavilion, Kuala Lumpur.

“Klip video ini akan melibatkan ramai iaitu lebih 500 orang penari profesional, kita menggunakan khidmat pengarah baru iaitu Atom,” ujar Siti Nurhaliza.