Kami slowpoke tulis entri Siti Nurhaliza? Eh mana ada, orang kata biar lambat asal berkualiti. Cewahh.

Petang semalam seperti ramai sedia maklum, pelancaran rasmi album Inggeris pertama Siti Nurhaliza berlangsung di Starhill Gallery, KL.

Album yang berjudul All Your Love ini mendapat sentuhan ramai pakar dalam bidang muzik termasuk mereka yang pernah menyumbang kepada Lady Gaga, Kanye West, Usher & Macy Gray.

Mempertaruhkan kepercayaan kepada Adib Khalid, What’s Up Entertainment milik anak tiri Siti Nurhaliza itu di’beri peluang memikul tanggungjawab menerbitkan album terbaru penyanyi nombor satu negara ini.

Album ini mempunyai 10 buah lagu termasuk sebuah lagu berjudul Remember You yang menampilkan Sean Kingston sebagai artis undangan. Kami semakin suka akan rentak lagu ini yang lain dari kebiasaan Siti Nurhaliza.

Sebagai pembukaan kepada lebih Siti Nurhaliza lagi hari ini, kita mulakan dengan seleksi gambar Siti Nurhaliza sekitar pelancaran album beliau di Kuala Lumpur hari ini. Enjoice