PALING POPULAR

Aidil Zafuan Batal Tuntutan Cerai, Mohon Rita Rudaini Berpindah Rumah
23,246
Kenyataan Pertama Alyah Berkaitan Kes Samun Adik, Kesal Laporan Media
20,401
Kes Samun Warga Singapura Adik Alyah
Pengurus Peribadi Sahkan Fasha Sandha Hamil Dua Minggu. Tahniah!
18,515
Rita Rudaini: Saya Tidak Akan Memenuhi Tuntutan Budak Budak Aidil Zafuan
17,637
Gambar: Anang Hermansyah Sah Bergelar Suami Ashanty, Ingin Anak Segera
14,729
Gadis Seksi Akui Habis Semalam Suntuk Bersama Kekasih Syahrini, Bubu
12,140

TERBARU

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.116)

Tweet

Dalam perkembangan dunia perumahan hari ini, Ryan Seacrest telah berjaya membeli estet rumah mewah yang sebelum ini menjadi milik Ellen DeGeneres dengan harga US$49 juta dan pengacara ini memiliki pendapatan US$45 juta setahun. – TMZ

Bertuah menjadi duta L’Oreal Indonesia, Dian Sastrowardoyo bakal menghadirkan diri ke festival filem Cannes 2012 yang bakal berlangsung hujung bulan ini & berjumpa dengan rakan setugas dari pelbagai negara lain. – Kapan Lagi

Peminat muzik pop Korea, berita baik untuk anda semua yang mana kumpulan berpengaruh Big Bang telah meletakkan Malaysia sebagai salah satu destinasi jelajah siri konsert Big Bang Alive Tour 2012. Yeah. – OHBULAN!

Tahukah anda kenapa penyanyi Dayang Nurfaizah yang bakal berumur 31 tahun ini masih belum mendirikan rumahtangga mahu pun memiliki kekasih hati? Fobia dengan kisah penceraian rumahtangga orang lain. Orang lain. – mStar Online

Kemunculan berturut turut Anne Hathaway tanpa mengenakan cincin pertunangan mengundang tanda tanya di’kalangan media dan kaki gossip Hollywood. Lebih lebih lagi selepas beliau menghabiskan hujung minggu dengan bukan tunang beliau. – The Superficial

VIDEO HARI INI: The Amazing Spider-Man merupakan salah sebuah filem yang paling di’nantikan untuk tahun 2012 ini dan secara eksklusif ini merupakan preview berdurasi 4 minit. Teruskan Membaca →

Gambar Hiburan News Selebriti

Saiful Apek Minta Media Hentikan Tulisan Negatif Berkaitan David Teo

Tweet

Sebagai mereka yang sukakan gossip & kontroversi, sidang media Saiful Apek petang ini agak mengecewakan tanpa kisah sensasi untuk kami jaja untuk duit & kepentingan sendiri. #LOL

Hadir seorang diri tanpa di’temani 50 orang selebriti seperti di’dakwa, Saiful Apek memulakan sidang media petang tadi dengan mengingati arwah Bob Kuman yang merupakan sahabat rapat beliau dalam bidang seni selama ini.

Memberikan komen tentang tuntutan RM200,000 terhadap David Teo sebelum ini, Saiful Apek akur dengan keputusan mahkamah yang membatalkan tuntutan beliau sebelum ini.

“Tuntutan saya sebelum ini bukan fitnah, ia’nya nyata tetapi saya akur dengan keputusan mahkamah seperti di’nyatakan pihak yang satu lagi (David Teo). Saya orang yang hormatkan perlembagaan,” ujar Saiful Apek. Teruskan Membaca →

Gambar Hiburan News Selebriti

Lady Gaga Kemungkinan Batal Konsert Di Indonesia, Peminat Masih Optimis

Tweet

Walaupun masih ada banyak hari lagi sebelum konsert Lady Gaga di Indonesia pada 3 Jun 2012 ini, namun kepastian sama ada konsert ini bakal di’teruskan masih menjadi tanda tanya.

Konsert yang bakal berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno ini menyaksikan yang tiket sudah terjual hampir 52,000 & pihak pengajur sehingga ke hari ini belum berjaya untuk mendapatkan permit sah dari pihak berkuasa.

Ini adalah ekoran bantahan rasmi daripada FPI (Front Pembela Islam) yang menekan pihak berkuasa untuk membatalkan penganjuran konsert ini kerana mendakwa yang Lady Gaga merupakan contoh moral yang tidak baik.

FPI (Front Pembela Islam) juga telah melakukan perhimpunan membantah konsert ini namun para peminat tetap optimis yang konsert ini bakal terus di’anjurkan. Teruskan Membaca →

Hiburan Konsert Muzik News Selebriti

Tasha Shilla Terima Tawaran Lakon Filem Biopik Jimi Hendrix, Tunggu Skrip

Tweet

Nampaknya kemenangan di malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 25 baru baru ini menjadi pemangkin kepada kerjaya Tasha Shilla yang kini semakin sibuk dengan jadual lakonan & aktiviti seni.

Portal hiburan GUA hari ini melaporkan yang pemegang gelaran Artis Baru Wanita Paling Popular ini sudah menerima tawaran memegang watak dalam sebuah filem Hollywood.

Filem yang di’maksudkan bukan juga calang calang kerana media Hollywood baru sahaja bercakap berkenaan filem ini dalam beberapa hari lepas — filem biopik, Jimi Hendrix.

Siapa Jimi Hendrix anda tanya? Beliau di’anggap sebagai pemain gitar elektronik terhebat dalam sejarah muzik dunia & mempunyai pengaruh yang sangat kuat walaupun hanya aktif mainstream hanya untuk tiga tahun.

Dalam perbualan telefon Tasha Shilla bersama wartawan kami, pelakon ini berkata beliau masih menunggu skrip sebelum mengesahkan penglibatan pertama beliau dalam projek itu & mengharapkan peminat supaya berdoa yang skrip yang ada sesuai dengan status Muslim beliau. Teruskan Membaca →

Filem & TV Gambar Hiburan News Selebriti

Izara Aishah Warnai Muka Hadapan LISA Terbaru, Bicara Fesyen SOGO

Tweet

Lama juga kami tidak paparkan muka hadapan majalah yang semakin mendapat tempat di’hati gadis gadis dan juga bukan gadis ini dan kali ini Izara Aishah menjadi wajah penghias muka hadapan LISA edisi 15 Mei 2012.

Izara Aishah memang kita kenali sebagai salah seorang aktress muda yang sedang meningkat naik lebih lebih lagi selepas lakonan berkesan beliau dalam drama bersiri Vanilla Coklat.

Tampil dalam majalah LISA kali ini berbicara tentang diri beliau yang kini sedang berusaha meraih mimpi bergelar bintang yang bersinar, kami pasti ada sesuatu istimewa yang gadis manis ini bicarakan untuk menjadi bahan bacaan anda.

Menyentuh fesyen yang di’kenakan, kami sebagai lelaki buta fesyen pastinya tidak tahu apa jenis persalinan yang gadis ini kenakan tetapi ia’nya kelihatan agak seksi menampakkan peha. Not a problem for us, obviously. Heh.

Izara Aishah juga nampaknya baru baru ini tampil dengan sebuah video khas untuk KL SOGO mempromosikan koleksi musim panas khas (Glory Sunny Day’s Summer Collection). Video untuk tatapan anda selepas ini, enjoice! Teruskan Membaca →

Fesyen Gambar Hiburan Selebriti Video