“Aduh, Kecewa Anna Berkawan Dengan Penyondol” – Netizen

Tiada angin tiada ribut, nama pelakon Anna Jobling pula terkait apabila didakwa berkawan dengan kekasih gelap pelakon Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine.

Ia berdasarkan sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Sarah pada Disember tahun lalu dimana wanita itu mengucapkan terima kasih kepada Anna kerana menjadi teman rapat paling baik.

BACA: “Banyak Betul Awek Sangkut Dengan Aliff” – Asyraf Khalid

Menerusi perkongsian itu juga, Sarah memuat naik gambarnya bersama Anna dan aktres itu turut membalas komen buat Sarah.

Diruangan komen, ada netizen yang kurang senang serta ada yang kecewa apabila pelakon tersebut berkawan rapat dengan penyondol.

Bagaimanapun, perkongsian berkenaan telah pun dipadam selepas menerima pelbagai komen daripada netizen.

Sejak pagi tadi hangat diperkatakan apabila wanita itu mendedahkan dia merupakan kekasih Aliff sejak Januari 2024 sekaligus mengejutkan ramai, malah turut berkongsikan video mesranya bersama aktor itu.

×