fbpx

Shila Amzah Pilih HUKM Untuk Bersalin

Penyanyi Shila Amzah berkata dia sudah pun membuat persiapan untuk menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Memetik Astro Gempak, Shila berkata pada awalnya dia memilih untuk bersalin di hospital swasta yang lain namun memilih untuk kembali ke Hospita Canselor Tuanku Muhriz UKM (HUKM).

BACA: Shila Amzah Cadang Bella Astillah Cerai Guna Kaedah Hakam

“InsyaAllah saya akan melahirkan bayi saya di HUKM, kembali ke doktor yang menyambut kelahiran anak pertama.

“Ikutkan saya nak ke hospital swasta lain tapi saya rasa macam takut kalau ada apa-apa jadi. Dekat HUKM itu saya dah ada rekod dekat sana. Kita pun tak ambil risiko,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai perkongsian nama dan wajah anaknya, Shila berkata dia mungkin akan kongsikan selepas seminggu kelahiran.

Untuk rekod, Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023. Pasangan itu sedang menantikan kelahiran anak pertama mereka.

SUMBER: Astro Gempak