fbpx

“Banyak Betul Awek Sangkut Dengan Aliff” – Asyraf Khalid

Sejak pagi tadi hangat diperkatakan apabila seorang wanita bernama Sarah Yasmine mendedahkan dia merupakan kekasih Aliff Aziz sejak Januari 2024 sekaligus mengejutkan ramai.

Perkongsiannya di Instagram mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk para artis yang tidak melepaskan peluang untuk mengetahui mengenai pendedahan berkenaan.

BACA: Anak Buat Hal Lagi, Akaun IG Ibu Aliff Aziz Lenyap

Termasuk usahawan terkenal, Asyraf Khalid yang meninggalkan komen mengesyaki Aliff menggunakan ilmu guna-guna kerana ramai wanita jatuh hati padanya.

Menurut Asyraf lagi, dia seolah hairan ramai wanita terpikat dengan suami kepada Bella Astillah itu serta mengatakan dia juga mengikuti perkembangan gosip melibatkan Aliff Aziz.

Terdahulu, wanita itu mendakwa Ruhainies ada rancangan jahat untuk menjatuhkan isterinya, Bella Astillah serta kecewa apabila tertipu dengan Aliff.

SUMBER: Oh Bulan