fbpx

Kekasih Aliff Aziz Dakwa Ruhainies Menipu Kata Nak Undur Diri

Menerusi perkongsian panjang di Instagram, wanita yang mengaku dirinya kekasih Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine turut memohon maaf kepada Bella Astillah serta mendakwa aktres itu tahu mengenai kewujudannya.

Menurut wanita itu lagi, dia dengan rendah diri mengaku kesilapannya kerana dia juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan silap.

BACA: Berpurdah Tapi Berpelukan Dengan Lelaki, BFF Ruhainies Mohon Maaf

Dakwa wanita itu lagi, dia ada bukti perbualan Aliff dengan Ruhainies dan dapat berhubung dengan aktres itu. Namun mendakwa Ruhainies menipunya dengan memberitahu akan undurkan diri namun tidak berbuat seperti dikatakan.

Sarah berkata dia rasa dirinya tertipu dan kecewa kerana turut diperlakukan seperti Bella. Dakwanya lagi, dia merasakan tidak adil Aliff dibenci seorang diri kerana situasi tersebut melibatkan Ruhainies sekali.