fbpx

Datuk Red Harap 2 Isteri Tarik Semula Permohonan Cerai

Usahawan Datuk Red berkata dia berharap agar kedua-dua isterinya, Datin Red dan juga penyanyi Adira Suhaimi menarik semula permohonan cerai yang difailkan terhadapnya.

Menerusi video dikongsikan di TikTok Zayyan FM, Datuk Red turut meluahkan kata-kata penghargaan buat Datin Red dan Adira kerana membantu serta menutup aib dirinya.

BACA: Datuk Red Minta Tempoh 5 Tahun Bayar Hutang RM7 Juta

@zayan.my

Replying to @KakEinaSayang Semoga baik-baik sahaja buat mereka sekeluarga ; @abg red , @DATIN . RED , @Adira Suhaimi Real Semoga sentiasa dilimpahi keberkatan dan Bahagia hendaknya? #ZAYANshare #AdiraSuhaimi #DatinRed #DatukRed #Bahagia #fyp? #fyp??viral

? Soft inspirational piano background(1482010) – Art Music Style

“Saya nak ucapkan kepada isteri pertama semoga sihat, murah rezeki dan tenang. Kalau boleh sebelum sampai bulan lima, tariklah. Kita bina balik semula ikatan itu.

“Kepada isteri saya Adira, terima kasih kerana banyak bantu saya dan terima kasih tutup aib saya. InsyaAllah 24 April ini tarikh keramat kita dan saya harap awak pun tarik,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Red berkata dia berharap agar diberikan peluang untuk bangkit serta mahu kedua-dua isterinya melihat kejayaannya.

“Bagi saya peluang untuk berdiri balik, saya mahu isteri-isteri saya lihat kejayaan saya semua, InsyaAllah. Itu saja yang saya minta pada Allah,” katanya.

Terdahulu, Adira memfailkan cerai terhadap Datuk Red pada 25 Oktober lalu diikuti dengan Datin Red pada Januari lalu.