fbpx

Pengarah muzik ternama, Jennifer Thompson yakin penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai individu tepat diberikan gelaran Biduanita Negara selepas Allahyarham Datuk Sharifah Aini.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Jennifer berkata ada beberapa calon lain dirasakan layak menggalas gelaran tersebut antaranya Ziana Zain dan Jaclyn Victor.

BACA: Gelaran Biduanita Negara Buat Siti Nurhaliza Dalam Perbincangan – Fahmi Fadzil

“Sekarang tengah hangat isu siapa Biduanita seterusnya. Saya rasa semua yang dalam ini (siaran langsung) tahu jawapannya. Yang paling layak untuk gelaran tersebut adalah Siti Nurhaliza.

“Kita ada yang lain juga seperti Ziana Zain, Jaclyn Victor dan ramai lagi yang hebat tetapi bila bercakap mengenai biduanita, sememangnya satu gelaran berat,” katanya.

Sementara itu, bekas isteri kepada maestro muzik Datuk Ramli MS itu berkata senjata rahsia Siti adalah keunikan lenggoknya yang tersendiri.

“Senjata rahsia Siti Nurhaliza sudah pasti dia punya lenggok dan perkara tersebut dapat daripada keluarganya ketika membesar.

“Mungkin ibunya pandai bergurindam sebab lenggok Siti tiada siapa boleh lawan. Tiada yang boleh tandingi lenggokan dia,” katanya.

SUMBER: Kosmo