fbpx

Anak Buat Hal Lagi, Akaun IG Ibu Aliff Aziz Lenyap

Sedang hangat nama anaknya diperkatakan di media sosial selepas seorang wanita mengaku dirinya kekasih Aliff Aziz, akaun Instagram ibunya iaitu Siti Hafiza didapati ‘lenyap’.

Hasil tinjauan mendapat akaun Instagram menggunakan nama fizaaziz yang sering memuat naik kata-kata kerohanian dipercayai sudah dinyah aktifkan.

BACA: Ibu Aliff Aziz Saran Netizen Kejar Amalan 10 Malam Terakhir Ramadan

Sejak pagi tadi, hangat diperkatakan apabila wanita bernama Sarah Yasmine mendedahkan dia merupakan kekasih Aliff sejak Januari 2024 serta memuat naik video mesra bersama aktor itu.

Malah, wanita itu mendakwa Ruhainies ada rancangan jahat untuk menjatuhkan isterinya, Bella Astillah serta kecewa apabila tertipu dengan Aliff.