fbpx

Abang Tesla Hantar Isteri Pertama Tunai Umrah Bersama Misya

Pempengaruh media sosial Abang Tesla berkongsikan video menghantar isteri pertama menunaikan umrah bersama Misya Mazlan serta memberikan ruang mereka masa bersama. 

Menerusi perkongsian di TikTok, Abang Tesla berkata umrah tersebut secara tidak langsung memberikan ruang kepada mereka untuk bertukar pandangan serta mendapatkan sokongan antara satu sama lain.

BACA: Abang Tesla Nak Bantu Datuk Red Ada Perniagaan Semula

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khal Iltizam (@abg.tesla)

 “Kami biarkan bini-bini nombor satu yang pergi. Sebenarnya mereka perlukan circle untuk lepak bersama, berkongsi pandangan.

“Jadi kami sebagai suami hanya memberi ruang kepada mereka untuk bergaul dengan circle isteri pertama,” katanya.

Dalam perkongsian video itu juga turut kelihatan suami kepada Misya iaitu Aslam yang turut serta mengiringi isterinya yang berangkat ke Tanah Suci tadi.

Sementara itu, Abang Tesla sempat menyapa Aslam serta memberikan nasihat atas pengalamannya yang memiliki dua isteri.

“Saya hanya memberikan nasihat sebagai abang kepada adik. Saya beritahu dia untuk terus kuat kerana bukan semua orang dapat lalui masa-masa sukar seperti ini. Kalau saya cerita lebih orang takkan faham jadi cukuplah saya dan Aslam yang tahu apa yang kami bualkan tadi,” katanya.

SUMBER: mStar Online