fbpx

Selepas Undur Diri Dari Dolla, Syasya Kini Bergelar Isteri?

Dua minggu lalu, kumpulan Dolla mengejutkan ramai apabila mengumumkan mengenai pengunduran ahli mereka iaitu Syasya atas sebab peribadi. Setakat ini masih tiada kenyataan daripada Syasya sendiri.

Terbaru, Syasya dikhabarkan telah mendirikan rumah tangga. Menerusi perkongsian Instagram peminat Dolla, dilihat memuat naik foto yang memaparkan Syasya mengenakan busana serba putih di masjid bersama seorang lelaki.

Akaun tersebut turut menulis kapsyen mengucapkan tahniah buat Syasya dan pasangannya serta mendoakan rumah tangga yang dibina berkekalan.

“Congratulations once again Syasya and husband. Awhhh congratulations Syasya. Im so happy for you. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Kepada your husband – Please jaga Syasya kiteorang baik-baik okay. IDOLLA love her and miss her so much,” tulis kapsyen.

SUMBER: Xtra