fbpx

“Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tapi Saya Tidak Munafik”

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon dan penyanyi Bella Astillah menulis kapsyen dia tidak melihat dirinya seorang yang baik dan tidak mahu dianggap sedemikian.

Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata dia bukan seorang manusia yang munafik yang berpura-pura baik.

BACA: “Perempuan Kalau Cinta, Cinta Mati” – Bella Astillah

“Mungkin saya bukanlah orang yang baik, dan saya tak perlu dianggap baik. Akan tetapi paling tidak saya ‘tidak munafik’ dengan berpura-pura baik,” tulisnya.

Namun Bella tidak berkongsikan secara terperincid mengenai kenyataan yang dibuat. Diruangan komen, rata-rata netizen menyokong kenyataan Bella itu serta mendoakan agar dia terus kuat.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila pelakon Aliff Aziz ditangkap khalwat bersama aktres, Ruhainies di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.