(Twitter) Umie Aida Bina Surau Dalam Rumah, Cara Lebih Baik Labur Duit
June 28, 2010 by RotiKaya Staff
Filed under Celebrities, News

Hari Isnin memang selalu’nya para selebriti berkelakuan baik & kami hampir tiada modal untuk menulis. Jadi, bila artis bina surau dalam rumah, ya itu akan jadi modal kami.
Umie Aida hari ini memberi kenyataan peribadi melalui Twitter bersyukur yang impian’nya untuk memiliki surau dalam rumah sendiri akhirnya bakal terlaksana.
Kalau kami usik perasaan peminat seorang selebriti tersohor Malaya yang melaburkan puluhan ribu ringgit untuk plat kereta, pasti esok blog ini akan di’bakar hangus.
Jadi, renung renungkan & selamat beramal. Kalau Umie Aida ajak mengaji di’surau baru’nya, jangan tolak ya.
(Gambar) Umie Aida Mula Berjinak Dengan Tudung Ala Siti Nurhaliza?
April 23, 2010 by RotiKaya Staff
Filed under Celebrities, Photos

Perkembangan positif nampak’nya yang berjaya Umie Aida tunjukkan selepas berkahwin dengan Datuk K beliau sendiri.
Meskipun di’kecam hebat kerana memakai pakaian yang agak seksi ketika majlis resepsi & tidak selari dengan majlis nikah yang di’adakan di kota Mekah, Umie Aida tampil dengan imej lebih baik hari ini.
Beberapa kali kami terserempak dengan gambar Umie Aida mengenakan tudung yang pernah di’popularkan oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Mungkin satu hari nanti Umie Aida akan bulat hati untuk mengenaka tudung penuh seperti muslimah sejati hendaknya.
Koleksi gambar pemakaian tudung Umie Aida selepas ini. Enjoice sebab ada gambar rakan-rakan beliau yang boleh tahan awesome. Read more
(Gossip) Pengarah Bengang, Fazura Berlagak Diva & Tidak Komited
April 20, 2010 by RotiKaya Staff
Filed under Celebrities, Gossip

Selepas satu, satu lagi kisah tidak senang tentang karier Fazura muncul menghiasi dunia hiburan. Kali ini melibatkan satu projek besar yang tidak kesampaian.
Seperti yang semua tahu, Fazura di’ambil berlakon dalam filem adaptasi novel ‘Lagenda Budak Setan’ untuk memegang watak Catriona di’samping Lisa Surihani & Farid Kamil.
Walaupun filem’nya masih belum keluar, drama siri’nya kini sedang menjalani pengambaran dan Fazura tidak terlibat sama kali ini.
Semuanya atas kerana pengarah filem & drama ini, Charad Charan mendakwa Fazura seorang artis yang tidak komited kepada kerja, berlagak diva & mempunyai masalah disiplin ketika di’lokasi.
Dengarnya bukan Fazura seorang sahaja yang bermasalah, Lisa Surihani juga di’singkirkan kerana pengarah terbabit tidak berpuashati dengan mutu lakonan Lisa Surihani dalam versi filem.
Terfikir sekejap kami apabila pengarah begini ada masalah dengan dua bintang sekaligus, artis yang bermasalah atau pengarah yang terlalu demand & tinggi harapan’nya? (via cari.com.my)
(Gossip) Nabil & Irma Hasmie Berpeluk Sakan Di Tengah KLIA
April 8, 2010 by RotiKaya Staff
Filed under Celebrities, Gossip
(Sumber Gambar Nabil & Irma Hasmie: Terima Kasih KeyonGenji)
Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.
Ini kisah Nabil lagi dengan kekasih hati pengarang jantung’nya, Irma Hasmie. Namun ambil ini sebagai gossip sebab tiada bukti nyata akan hal ini.
Baru-baru ini, seorang peminat hiburan terserempak dengan Nabil bersama keluarga yang menghantar seorang saudara untuk belajar ke luar negara.
Turut hadir bersama sebagai salah satu usaha untuk di’terima keluarga dengan berjayanya ialah Irma Hasmie. Haruslah beliau ada sekali bukan?
Namun kehadiran Irma Hasmie nampaknya tidak seceria mana apabila beliau mula membuat protes manja untuk pulang ke’rumah kerana penat & sudah lewat.
Nabil yang prihatin akan suara hati kekasih’nya datang dekat untuk memujuk dengan memeluk manja Irma Hasmie di’hadapan keluarga & khalayak ramai.
Selepas gossip yang mereka sedang di’perhatikan pihak jabatan agama reda, kini datang pula gossip mereka berkelakuan ala-Hollywood.
Risau kami akan nasib & masa hadapan Nabil jika berterusan begini. Bakat yang ada jika di’gaul dengan gossip kurang enak begini, bisa jadi duri dalam daging.
Jangan kerana sayangkan perempuan,kerjaya & pandangan baik peminat terhadap anda terjejas. As always Nabil, lu pikirlah sendri. Peace out!
(Gossip) Nabil & Irma Hasmie Sedang Di’intai Pegawai Agama Islam?
March 9, 2010 by RotiKaya Staff
Filed under Celebrities, Gossip
(Sumber Gambar Nabil & Irma Hasmie: Terima Kasih KeyonGenji)
Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.
Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa Nabil Raja Lawak & Irma Hasmie ini sedang di’intai oleh orang dari jabatan agama Islam.
Ini ada sebuah cerita yang entah betul entah tidak datang dari mereka yang mendakwa sebagai jiran kepada Irma Hasmie.
Irma Hasmie yang di’dakwa tinggal di Mutiara Damansara di’khabarkan sering di’kunjungi kekasih hatinya, Nabil Raja Lawak.
Nabil yang di’katakan tinggal di’sekitar Sunway Damansara di’katakan telah melakukan rutin yang sama sejak sekian lama sehingga AJK surau kawasan tempat tinggal Irma Hasmie perasan.
AJK surau kawasan itu kini di’laporkan sedang menunggu peluang namun Nabil pandai mencari masa yang sesuai & sering turun ke surau untuk solat berjemaah.
Macam tidak masuk akal bukan gossip ini? Si lelaki tahu beliau bersalah tetapi berani untuk tunjuk muka alim turun ke surau.
Harapnya ini hanya usikan nakal para peminat kerana kes saman RM2 juta Nabil masih belum habis di’bicarakan. Jangan ada kes haru yang baru seperti ini sudah.
Akhir kata daripada kami untuk Nabil & Irma Hasmie, “..lu pikir’lah sendiri!”

