fbpx

Fasha Sandha Akui Sudah Tetapkan Tarikh Tunang & Perkahwinan

Bukan rahsia lagi rasanya kisah cinta epik antara Fasha Sandha & Rizal Ashram buat semua peminat dunia hiburan Malaysia.

Bercakap kepada wartawan Utusan Malaysia baru-baru ini, Fasha Sandha mengakui yang sudah bersedia untuk bergelar isteri dan ibu.

Dalam temubual yang sama, Fasha Sandha turut mengakui yang beliau suka meluahkan perasaan kepada 37,000 peminat beliau melalui Twitter.

Kami sendiri perasan yang Fasha Sandha boleh jadi seorang yang begitu ekspresif ketika menulis di Twitter lebih lebih lagi berkenaan hubungan beliau bersama Rizal Ashram.

“Insya-Allah kami akan melalui adat Melayu di mana ia akan bermula dengan bertunang dan seterusnya berkahwin. Tarikhnya sudah ada.”

“Buat masa ini saya tidak mahu mengumumkannya bila kerana menghormati keputusan pihak keluarga Jejai. Saya tidak mahu memandai-mandai. Kalau sampai masanya nanti kami akan mengundang wartawan,” ujar Fasha Sandha manja. Heh.