(Sumber Gambar Nabil & Irma Hasmie: Terima Kasih KeyonGenji)

Berita Ini Ditaja Secara Eksklusif Oleh Revive Isotonik. Sertai Peraduan Rev-Up & Menangi Wang Tunai RM1,000 Secara Mingguan!


Kalau ada sesiapa pernah nampak imej terbaru Nabil, memang tiada bayangan yang beliau mahu menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

Namun, sebagai lelaki biasa yang memiliki kekasih hati yang setia, Nabil mengambil serius soal membina rumahtangga bersama insan tersayang.

Bercakap kepada Murai.com.my hari ini, Nabil mengakui yang beliau & Irma Hasmie akan mengikat tali pertunangan tidak lama lagi & akan berkahwin 3 bulan selepas itu.

Nabil turut membayangkan yang perkahwinan mereka nanti akan di’hiasi dengan 3 majlis berasingan termasuk satu garden wedding untuk teman artis & media di Kuala Lumpur.


Baguslah kalau sudah ada perancangan positif sebegini. Jangan Nabil buat lawak atas pelamin sudahlah nanti.