fbpx

(Gossip) Nabil & Irma Hasmie Berpeluk Sakan Di Tengah KLIA

(Sumber Gambar Nabil & Irma Hasmie: Terima Kasih KeyonGenji)

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Ini kisah Nabil lagi dengan kekasih hati pengarang jantung’nya, Irma Hasmie. Namun ambil ini sebagai gossip sebab tiada bukti nyata akan hal ini.

Baru-baru ini, seorang peminat hiburan terserempak dengan Nabil bersama keluarga yang menghantar seorang saudara untuk belajar ke luar negara.

Turut hadir bersama sebagai salah satu usaha untuk di’terima keluarga dengan berjayanya ialah Irma Hasmie. Haruslah beliau ada sekali bukan?

Namun kehadiran Irma Hasmie nampaknya tidak seceria mana apabila beliau mula membuat protes manja untuk pulang ke’rumah kerana penat & sudah lewat.

Nabil yang prihatin akan suara hati kekasih’nya datang dekat untuk memujuk dengan memeluk manja Irma Hasmie di’hadapan keluarga & khalayak ramai.

Selepas gossip yang mereka sedang di’perhatikan pihak jabatan agama reda, kini datang pula gossip mereka berkelakuan ala-Hollywood.

Risau kami akan nasib & masa hadapan Nabil jika berterusan begini. Bakat yang ada jika di’gaul dengan gossip kurang enak begini, bisa jadi duri dalam daging.

Jangan kerana sayangkan perempuan,kerjaya & pandangan baik peminat terhadap anda terjejas. As always Nabil, lu pikirlah sendri. Peace out!