Pagi mana yang lebih bahagia dari pagi yang anda mulakan dengan kisah seorang selebriti bernama Fasha Sandha. Kami ada cerita.
Dalam keluaran Harian Metro baru-baru ini sempena dengan tahun baru 2011, Fasha Sandha di’tanya wartawan tentang azam dan cita cita beliau untuk 2011.
Selain berazam untuk kurangkan penampilan seksi kerana hormati pendapat peminat yang mahukan terbaik buat diri beliau, 2011 merupakan tahun Fasha Sandha mahu terlibat dengan perniagaan.
Dan, hari ini, ada terdengar sayup sayup berita yang Fasha Sandha bakal membuka sebuah salon sendiri tidak lama lagi sebagai langkah pertama dalam bidang perniagaan.
Salon yang bakal di’beri nama ‘Chinta Hair & Beauty’ itu di’katakan bakal di’buka di Wangsa Maju tidak lama lagi.
Tahniah dari kami & selamat maju jaya buat Fasha Sandha jika berita ini benar belaka. Tidak salah mempelbagaikan cabang pendapatan kita. Selagi muda & mampu untuk lakukan pelbagai tugas.