Dalam tajuk ada sedikit unsur terkejut kerana mereka ini di’katakan sebagai pasangan burung muda bercinta paling romantik tidak lama dahulu.


Sehinggakan ada berita-berita baik yang mengatakan mereka bakal berkahwin awal tahun hadapan & sedang sibuk membuat segala persiapan.

Tetapi berita yang di’terima hari ini agak tidak baik kerana Irma Hasmie mengakui yang mereka sudah tidak berpacaran lagi. Sudah berakhir segalanya.

Antara gossip yang kedengaran adalah Nabil Raja Lawak ini rupanya kantoi dengan irma Hasmie sendiri berduaan bersama seorang gadis lain.

Irma Hasmie di’katakan menerjah Nabil di unit kondominium baru Nabil & bersama Nabil ketika itu adalah seorang gadis yang hanya memakai t-shirt & seluar pendek.

Namun hari ini dalam Berita Harian, Irma Hasmie menafikan beliau terlibat dengan aktiviti terjah tersebut namun enggan komen akan kesahihan kejadian tersebut.