fbpx

Raja Nabil Kecewa, Tidak Faham Jalan Cerita Filem Lakonan Sendiri

Pertama sekali, kali hilang kerana sibuk, bukan kerana kami lupakan dunia gossip & hiburan yang penuh warna warni ini.

Membaca akhbar Harian Metro pagi tadi buat kami mahu ketawa sampai pecah perut. Mungkin berita ini lebih menarik dari filem lakonan terbaru Nabil ini.

Nabil yang di’temui media selepas tayangan preview ‘Lu Pikirlah Sendiri’ tidak dapat menahan kekecewaan dalam hati beliau.

“Terus terang, saya kecewa dengan filem ini. Apa yang saya harapkan tidak kesampaian. Malah, ketika sesi pratonton baru-baru ini, saya tidak faham jalan ceritanya.”

Jarang sangat rasanya seorang pelakon utama sesebuah filem tidak faham akan jalan cerita yang di’lakonkan.

Kenyataan ini sudah memberi jaminan 100% untuk peminat filem Melayu supaya tidak membazir wang untuk ke panggung wayang.

Jangan nanti jadi seperti filem yang satu itu sudah’lah, baru seminggu masuk panggung, sudah tiada penonton.

Risau kami di’buatnya dengan industri filem Malaysia sekarang.