fbpx

Aidid Mu’addib Kembali Lagi, Kali Ini Skim Piramid Akhil Hayy Kantoi

Kepada yang tidak kenal siapa Aidid Mu’addib, beliau adalah orang yang bertanggungjawab membongkar banyak kegiatan syarikat dengan sistem piramid atau multilevel marketing (MLM).

Paling popular adalah pendedahan tentang syarikat penjualan gelang ajaib AC Mizal Konsortium yang sehingga kini masih belum dapat di’jelaskan oleh AC Mizal sendiri.

Terkini, Aidid Mu’addib tanpa segan silu membongkar satu lagi kegiatan sistem piramid yang di’asaskan oleh selebriti Malaysia, Akhil Hayy.

Menurut tulisan Aidid Mu’addib, Akhil Network merupakan sebuah syarikat trading skim piramid yang memasarkan produk wangian bebas alkohol dan produk kesihatan 100% keluaran yang bermutu tinggi daripada bumiputra yang terencat akal.

Namun sistem perniagaan yang di’amalkan oleh Akhil Network ini tidak berubah langsung dari kebanyakkan modus operandi syarikat MLM yang lain’nya.

Anda boleh baca secara terperinci kupasan Aidid Mu’addib tentang syarikat Akhil Hayy bernama Akhil Network ini di blog beliau. Tidak manis jika kami copy pasta semua’nya.