Maya Karin Bertudung Sebagai Muka Hadapan NUR & Kisah Hiburan Yang Lain

Beberapa hari lalu, ada pembaca yang menegur kami sudah pun ketandusan idea apabila menulis entri berkaitan muka hadapan majalah tempatan.

Kami ambil teguran itu sebagai sesuatu yang positif dan berjanji akan ada lebih banyak kisah muka hadapan majalah selepas ini. #LOL

Siapa boleh lupa imej ikonik Maya Karin yang bertudung dalam filem Ombak Rindu, dan imej yang lebih kurang sama kini di’abadikan.

Maya Karin bergandingan bersama seorang calon akhir Pencarian Covergirl NUR 2011/12, Azila dan aktress ini masih bercakap tentang peranan beliau dalam Ombak Rindu. Hmm. Teruskan Membaca

Maya Karin Lancarkan Single Terbaru ‘Mimpimu’ Dengan Video Klip Rasmi

Tidak juga boleh kami katakan yang ini merupakan single baru rasmi Maya Karin kerana ia’nya di’umumkan secara santai.

Melalui laman sosial Twitter dan Facebook Isnin lalu, Maya Karin berkongsi satu video bersama para peminat beliau.

Menurut Maya Karin, lagu berjudul Mimpimu ini di’rakamkan secara santai dan video yang mengiringi lagu ini juga di’lakukan dalam suasana yang sama.

Kalau anda masih ingat lagi, Maya Karin pernah merakamkan sebuah album berjudul Erti Cinta sekitar tahun 2002 — dan lagu Mimpimu ini tidak jauh lari konsep’nya dari lagu lagu dalam album tersebut pada hemat kami yang tidak pernah belajar muzik ini. Heh.

Okay untuk anda yang rindukan alunan suara Maya Karin, video Mimpimu untuk anda nikmati selepas ini. Enjoice!  Teruskan Membaca

Gambar: Maya Karin Hadiri Majlis InnerShine, Ombak Rindu Tayang Seminggu Lagi

14 hari di’pawagam, kalau kita lihat di laman sosial terutamanya Facebook & Twitter — demam Ombak Rindu masih belum reda.

Walaupun beberapa kontroversi kurang enak melanda sepanjang tayangan, Ombak Rindu masih mampu menarik sejumlah penonton yang banyak setiap hari.

Khabar’nya, sehingga ke hari ini, kutipan keseluruhan Ombak Rindu sudah mencecah lebih RM10 juta.

Semakan kami di’laman web rasmi Golden Screen Cinemas (GSC), filem Ombak Rindu sudah di’jadualkan untuk tayangan ekstra selama 7 hari lagi sehingga Khamis hadapan selepas tempoh wajib tayang yang akan tamat esok.

Beberapa keping gambar terbaru salah seorang heroin filem Ombak Rindu, Maya Karin ini di’rakamkan ketika satu majlis anjuran InnerShine minggu lalu. Gambar terima kasih tanpa prejudis buat Cipot. Teruskan Membaca

Gambar: Maya Karin Sebagai Muka Penghias Pertama Majalah ENF, Idam Watak Puteri

Agak lama juga rasanya kami tidak lihat aktress bernama Maya Karin ini menjadi penghias muka hadapan mana mana majalah.

Terbaru, pelakon wanita yang semakin adventurous ini bersetuju untuk menjadi penghias muka hadapan pertama majalah baru di’pasaran online — Entertainment & Fashion (ENF).

Majalah gaya hidup ENF merupakan sebuah penerbitan oleh WuuHuu Online yang mana turut menerbitkan majalah lain seperti Femag & WuuHuu E-Comic.

Dalam isu pertama ENF ini, Maya Karin banyak berbicara tentang kerjaya dan wartawan ENF sempat bertanya tentang teman lelaki impian dalam hidup beliau — ringkas jawapan Maya Karin, masih belum ada.

Memegang pelbagai watak dalam pelbagai jenis filem sebelum ini, Maya Karin berkata beliau idamkan watak sebagai seorang puteri pahlawan yang gagah dalam filem bergenre pengembaraan epik.

Mahu tahu lagi apa yang Maya Karin katakan tentang kerjaya, kehidupan peribadi beliau & di’mana lokasi membeli belah kegemaran beliau, baca majalah ENF secara percuma sekarang. Teruskan Membaca

Terkini! Maya Karin & Suami Hadir Ke Mahkamah Untuk Tuntut Cerai?

Maya Karin Roelcke dan suaminya, Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali Abdullah, keluar dari kamar hakim sebentar tadi.

Bagaimanapun, pasangan itu enggan memberikan sebarang ulasan mengenai kehadiran mereka di mahkamah.

Menurut sumber mahkamah, mereka memohon untuk pendaftaran dan pengesahan perkahwinan mereka.

Peguam kedua-dua pihak juga enggan mengulas atas arahan anak guam. Can you believe that? Not one bit. Kita tunggu perkembangan sebenar kehadiran mereka ke mahkamah.

Para wartawan awam di sebuah forum hiburan popular sejak pagi sudah mula membuat spekulasi tentang seorang selebriti terkenal menuntut cerai petang ini. Mungkinkah Maya Karin?

Berita dari Berita Harian Online,kami copy pasta untuk mengelakkan kekeliruan fakta (alasan baik sebab malas taip ayat sendiri).

Update: Murai Batu menulis tentang seorang pelakon wanita yang baru mahu mendaftarkan perkahwinan. Macam ada sesuatu yang tidak kena.

12