Progress yang normal rasanya jika seorang pelakon yang sudah lama dalam industri untuk tampil dengan karya arahan sendiri atau sekurang kurangnya bertindak sebagai penerbit. Namun perkara itu bukan satu keutamaan lagi buat pelakon kacak, Remy Ishak.

BACA: Lama Tidak Bercinta, Remy Ishak Kini Bersama Kekasih Baru?

Bercakap kepada Mangga Online baru baru ini, Remy Ishak mengakui beliau masih banyak impian yang belum tercapai dalam bidang lakonan dan merasakan dirinya masih belum cukup bagus sebagai anak seni untuk bergelar pengarah.

“Saya belum puas menjadi seorang pelakon. Walaupun sudah sepuluh tahun dalam industri ini dan bermacam watak yang telah saya bawakan, tetapi masih ada lagi watak yang ingin saya explore”

“Sebagai pelakon, saya belum cukup baik kerana masih banyak yang belum saya capai. Apa lagi untuk saya jadi seorang pengarah. Belum cukup bagus untuk menjadi pengarah,” ujarnya.

Kini sedang hangat di kaca televisyen melalui drama bersiri Satu Hari di TV9, beliau akan muncul dengan drama bersiri Antidot yang akan ditayangkan di TV3 bermula 9 Disember ini.

“Saya melakonkan sendiri babak lasak, saya pastikan tubuh saya benar-benar fit dan berstamina. Dua bulan sebelum penggambaran, saya prepare dengan buat cardio workout di gimnasium. Saya juga menjaga pemakanan saya. Kalau pemakanan tak jaga, saya akan cepat penat semasa melakonkan babak-babak stunt,” jelas Remy Ishak tentang wataknya. (rtky/m)