Terbaru, Maya Karin sebagai Gina kelihatan sangat comel di dalam gambar yang memperlihatkan beliau beraksi Muay Thai di Phuket, Thailand.

Sebelum ini Maya seringkali melakonkan watak sedih dan berat, kali ini rasanya penonton pasti teruja untuk melihat Maya Karin bermisai & juga Muai Thai di dalam filem terbarunya bersama Bront Palare, Izara Aishah dan juga Remy Ishak.

BACA: Gambar Sekitar Pengambaran Filem Osman Ali, Sejoli

Jika merujuk kepada filem romantik komedi Osman Ali sebelum ini, Cun! pastinya filem Sejoli ini juga akan menerima sentuhan hebat yang sama — jika tidak lebih hebat dari sebelum ini.