Sebelum ini tersebar beberapa gambar yang mengatakan bahawa Remy dan anak kepada pelakon veteran Wan Hanafi Su mempunyai hubungan istimewa malah hubungan ini juga turut direstui oleh Wan Hanafi Su sendiri. Bertemu dengan Remy Ishak semasa sidang media drama bersiri yang berjudul Jiwa, beliau memberikan kenyataan berhubung dengan kisah percintaan yang telah digembar-gemburkan sebelum ini.

“Saya cukup menghormati uncle sebagai pelakon senior & saya ucapkan terima kasih kepadanya. Apa yang telah berlaku sebelum ini akan saya terangkan di sini bahawa saya dan dia hanyalah merupakan seorang kawan biasa dan tidak lebih dari apa yang disangkakan sebelum ini,” katanya.


Bercerita mengenai detik-detik permulaan perkenalan mereka Remy Ishak memberitahu mereka berkenalan secara ramai dan bukanlah berkenalan secara perseorangan tetapi dia amat selesa untuk berkawan dengannya kerana Remy sendiri tidak mempunyai ramai kawan perempuan.

“Saya berkenalan dengan dia apabila kawan-kawan saya ajak lepak minum dan dari situlah kami mengenali antara satu sama lain dan selepas itu dialah satu-satunya kawan perempuan saya kerana saya ini pemalu untuk berkawan dengan perempuan dan disebabkan itulah saya ini tidak mempunyai kawan perempuan,” katanya.

BACA: Wan Hanafi Su Selesa, Restu Hubungan Anak Bersama Remy Ishak

Dia juga menceritakan bahawa apabila kisah ini telah disensasikan dia tidak lagi merasa pelik kerana dia tahu bahawa inilah harga yang perlu dibayar untuk menjadi seorang artis juga apabila dia rapat bersama mana-mana perempuan orang akan membuat spekulasi tentangnya.


“Tidak lagi merasa pelik seperti dahulu kerana saya sudah matang apabila dikaitkan dengan mana-mana wanita dan ini merupakan satu benda yang positif kerana orang mahu mengetahui tentang perkembangan saya. Kami juga ada berbincang mengenai isu ini dan dia cukup risau akan kesan sampingan terhadap kerjaya saya ini dan saya telah memberitahu bahawa ini perkara yang sering berlaku apabila menjadi seorang artis dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan,”katanya.

Dengan ini jelaslah bahawa Remy masih lagi tidak mempunyai teman istimewa hanyalah sekadar teman biasa sahaja. Remy Ishak, Kamal Adli dan Faizal Hussein bakal bersama bergabung tenaga dalam drama bersiri yang berjudul Jiwa yang akan disiarkan tidak lama lagi menerusi slot Aksi di TV3. Sama-sama kita saksikan nanti. (rtky/hfz)