Remy Ishak Kini Ada Kekasih Baru?
Peminat dunia hiburan baru baru ini terkejut dengan khabar angin yang tersebar mengatakan Nad Zainal dan Remy Ishak kini sedang hangat bercinta. Nyata gossip itu sekadar gossip apabila kedua dua belah pihak tampil menafikan hubungan cinta antara mereka.
BACA: Nad Zainal Dakwa Tidak Logik Bercinta Dengan Remy Ishak
Dalam temubual terbaru bersama Malaysian Digest, Remy Ishak tampil menafikan khabar angin tersebut dan turut menegaskan yang hubungan mereka sekadar pelakon di lokasi penggambaran namun mendedahkan dirinya kini sedang rapat dengan seseorang.
Remy Ishak mengakui kini sebenarnya sedang dalam proses mengenali hati budi Pengarah Urusan Roistz Labels, Roszaliza Yusof yang juga rakan kongsinya dalam menganjurkan sebuah acara berkaitan fesyen di Kuala Lumpur baru baru ini.
“Saya tak mahu cakap lebih bimbang tidak jadi nanti, susah juga lagipun kami masih lagi di tahap berkawan. Dia seorang yang matang dan saya selesa berkawan dengannya. Kami kini baru lebih kurang tiga bulan mengenali dan cuba melangkah ke peringkat yang lebih serius,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Remy Ishak yang baru pulang dari penggambaran drama Satu Hari di Bosnia selama sebulan merancang untuk menerbitkan laman web sendiri selepas ini memfokuskan kepada berita gaya hidup dan fesyen. (rtky/m)
bakal kena lempang la jawabnya dgn si muka bangla panas baran neh…
remy is a gentleman with masculine attributes. He is also a good actor and very talented in acting at par with aaron aziz and adi putra.
Asyik tukar gefren je la..kawinnye dak jugak
syukur la…remy dh ade kekasih hati….nk tggu bila lg kan….rasanya dh sampai mase remy berumahtangga mcm artis lain.
Roszaliza tu schoolmate kami… dia cantik sgt…
semoga hubungan kekal hingga akhir hayat… :)
playboy hitam…kawin nya idak jugak.
Wahh remy ishak Ada awek baru bgus lah.. I hope abg Remy Ishak akan kahwin tak lama lagi. tak sabar nak tunggu. hihihihihi
http://peruserpaid.com/?ref=41338