fbpx

Maya Karin Akui Sedang Kenal Hati Budi Seseorang

Maya Karin adalah antara selebriti yang kisah cintanya sentiasa menjadi perhatian peminat dan media — lebih lebih lagi selepas kembali solo & berpisah dengan Steven David Shorthose pada tahun 2010.

Dalam satu sidang media yang berlangsung semalam, Maya Karin tidak berselindung mengatakan yang dirinya kini sedang dalam proses mengenal hati budi seorang jejaka dari luar negara, beribu batu jauhnya.

“Saya sekarang sedang mengenali seseorang. Sedang berkawan. Sudah lama juga kenal. Tapi dia duduk jauh. Jauh beribu-ribu batu”

“Sebenarnya saya masih lagi sedang fikir tentang sama ada nak jadikan hubungan ini serius atau tidak. Saya go with the flow. Kalau jadi, jadi lah. Kalau tak jadi, tak apa,” jelas Maya Karin ringkas.

Namun Maya Karin tidak mahu mendedahkan lebih lanjut tentang lelaki tersebut kerana masih belum bersedia untuk berbuat demikian selain lelaki tersebut juga terlibat dalam dunia seni serta bijak orangnya.