fbpx

Maya Karin Kongsikan Gambar Kembara Di Imbak Canyon Dengan Remy Ishak

Hendak juga letak nama Remy Ishak. Ingat lagi beberapa hari lepas melalui Instagram beliau, Remy Ishak ada kongsikan gambar beliau bersama Maya Karin sehingga ada gossip mengatakan mereka bercuti berdua.

BACA: Maya Karin & Remy Ishak Bercuti Sama Ke Sabah?

Secara teknikal mereka bercuti bersama tetapi bukan berdua dan lewat malam tadi Maya Karin sudi berkongsikan gambar kenangan beliau ketika merentas hutan belantara di Imbak Canyon, Sabah.

Dalam kembara ke hutan simpan kekal ini, Maya Karin & Remy Ishak di’temani oleh wakil dari Yayasan Sabah, pakar ekologi, pencinta alam & juga beberapa orang rakan dengan minat yang sama.

Itu sahaja dan ini bukan pertama kali kita lihat Maya Karin dalam suasana bukan penuh glamor — kali ini siap kena gigit pacat lagi. Heh.