Rasanya baru sahaja beberapa bulan lalu Maya Karin keluarkan kenyataan yang beliau kini sedang bahagia dengan kekasihnya dan berkongsi harapan untuk mendirikan rumahtangga dalam masa dua tahun dari sekarang. Nampaknya kini cerita sudah berbeza.

Memetik laporan Kosmo! hari ini, Maya Karin mengakui dirinya kini sudah kembali solo dan tidak lagi terikat dengan sesiapa selepas tidak dapat lagi meneruskan hubungan jarak jauh antara mereka berdua dan ketiadaan masa.

BACA: Maya Karin Beri Kekasih Tempoh Dua Tahun Untuk Berkahwin

“Buat masa sekarang Tuhan tidak berikan lagi saya jodoh yang kuat, jadi mungkin selepas ini saya perlu membuka hati kepada individu lain pula. Ya, kami berpisah dengan cara baik atas dasar keadaan yang tidak mengizinkan untuk kami terus bercinta”

“Saya sudah kembali solo dan ada banyak sebab yang memutuskan hubungan kami berdua. Salah satunya kerana kami terlalu sibuk hingga tiada masa untuk diluangkan bersama-sama”

“Selain itu, faktor jarak menjadi penghalang percintaan kami untuk kembang dengan sempurna. Susah juga untuk terbang ke sana setiap masa, bagi saya hubungan tidak patut terlalu susah dan tidak harus terlalu berjuang untuk mempertahankannya,“ ujar Maya Karin.

Pelakon ini turut menambah yang beliau tidak mahu terus membiarkan dirinya hanyut kerana cinta kerana kini sibuk menguruskan kerjayanya yang semakin berkembang. (rtky/m)