Pesta Songkran: Remy Ishak Berharap Peminat Jangan Fikir Negatif
Baru baru ini di laman sosial Instagram pelakon hero Malaya, Remy Ishak telah dihujani beberapa komen negatif selepas dia memuat naik gambar percutiannya di Bangkok, Thailand minggu lalu.
Gambar-gambar percutian yang singkat itu mengundang kemarahan beberapa peminatnya kerana beranggapan bahawa Remy Ishak telah menyambut pesta Songkran dan seolah-seolah dia turut sama meraikan perayaan sambutan tahun baru masyarakat di Thailand itu.
Pelakon itu yang ditemui semasa majlis pelancaran filem CEO di Cathay Cineplex semalam telah memberitahu bahawa dia tidak mengetahui perkara ini telah menjadi isu dan menjelaskan bahawa dia ke sana hanyalah mahu sekadar bercuti melepaskan tekanan dan berehat dan tidak pernah menyangka bahawa ada satu Pesta Songkran yang diraikan masyarakat di sana dan menganggap bahawa ini adalah satu kebetulan.
“Sebenarnya saya tidak pernah pergi ke Pesta Songkran. Ini semua kebetulan apabila saya mahu melepaskan tekanan dan berehat selepas menjalani penggambaran Antara Satu di Langkawi dan Pulau Tioman. Saya fikir ketika itu hanyalah mahu bercuti dan berehat dan mahu bercuti di tempat-tempat yang dekat lalu memilih Bangkok sebagai lokasi percutian singkat selama 5 hari. Kebetulan saya pergi ada pesta Songkran,” ujarnya.
Dia memberitahu tidak ada salahnya kerana bukannya meraikan pesta tersebut secara membabi buta tetapi hanyalah secara kebetulan dan dia berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang budaya masyarakat Asia Tenggara terutamanya.
“Tidak ada salahnya kerana kita lihat negara kita sendiri pelbagai kaum tinggal di bawah satu negara, meraikan pelbagai perayaan dan tradisi. Di sini saya ingin jelaskan bahawa saya seorang penggemar budaya dan mahu mengetahui dengan jelas budaya yang disambut oleh masyarakat Asia beserta warisan yang ada. Saya rasakan di sini peminat tidak perlulah berfikiran negatif dan tidak perlulah perbesarkan isu ini,” katanya lagi. (rtky/hfz)
Jeez… seriously? To celebrate Songkran pun jadi issue eh? In that case those narrow minded Malaysians boleh duduk bawah tempurung forever. Adios!
semakin hari makin pelek2 pemikiran rakyat malaysia tok o..benda gitok pun nak jadi isu. ehhh! mana palaktut mu hah?
main air pun salahe ker ?… adohai …
sambut lain..tp pergi ke sana untuk join game lain..setahu saya mmg songkran tu pesta..sambut keagaaman…tapi…rasanya depa sembahyang cara depa..lepas tu..baru adakan game air tu…game air tu..sebagai acara penyeri aja pun…takda kaitan dengan upacara keagamaan…wallahualam..
tu la ..main air je kot.. yg sambut tahun baru masihi bagai tu pun bukan ada dalam Islam..kita sambut Maal Hijrah je… yg konsert main dadah tu ,apa cer???
Kalau thn baru cina..kte dok kacau ‘yee sang’ tu xpe lak?kalo krimas kte dok sibuk main tukar2 hadiah siap g parti2 xpe lak? valentine siap sambut bagai…;pening la ustaz x bertauliah kluarkan fatwa…..
maaf kalau salah…mak saya thailand, n mak saya pun xbg main songkran nihh sbb klu xsilap sumber air yang diambil adalah air suci agama tersebut….ini yg saya tahu..tapi xtahulahh jika bawa air sndiri dri rumah…maaf jika silap
si remy tu kan setahu nye org islam .. pesta bramai2 serupa itu tu mmg salah.. remy tak tutup aurat lelaki.. bersentuhan sesama bukan muhrim. bagi sesiapa yg tak ada pedoman keimanan islam dihati mereka.. sampai bila2 pun takkan mengerti. sudahhhlahh.
Cuti ke luar negara n tgk budaya org sana pun jdi isu. Hmmmm…….cuti bawah selimut jelah klu camtu….tido.
Air paip jer pun.. ko hengat orang sambut Songkran tu rajin bebeno ke pi hangkut air dari tokong tu pi supply satu Thailand sekali dengan pelancong2 tu? Geez…
i believe Thailand government pun dah culturekan pesta ni.. mcm yg ade dekat Malaysia.. kite ade banyak pesta yg dibuat dan dijadikan sebagai budaya.. untuk attract pelancong jugak… so tak salah la nk main air kenal budaya.. mcm yang ade dekat malaysia.. ade pesta Menuai… pesta rumah terbuka.. dan banyak lagi.. pesta buku pun boleh.. adoii la Malaysian… sedihnyeee… please laaa…
klu cenggitu kan..kita x boleh pakai sari..x boleh pakai cheong sam..x boleh pegi beraya umah org yg non muslim..x boleh nak melawat keluarga kita yg non muslim..x boleh nak g masjid india bila time depavali sebb peniaga kat situ akan pasang lagu2 perayaan diorg..x boleh nak ambil limau mandarin / hamper yg chinese boss kita kasik… acaner??