fbpx

Maya Karin Beli Kediaman RM2 Juta Di London?

Maya Karin antara selebriti yang kita semua tahu rajin terbang ke luar negara untuk bercuti dan satu destinasi yang kerap di’kunjungi seperti rumah kedua adalah kota metropolitan London.

Ini adalah kerana adiknya, Irina bekerja sebagai seorang peguam di London dan jika ada masa kelapangan pasti Maya Karin akan terbang ke sana untuk menjenguk.

Khabar terbaru menerusi laporan Harian Metro beberapa hari lalu mengatakan Maya Karin sudah pun membeli sebuah kediaman di tengah London dengan nilai melebihi RM2 juta.

Baru baru ini juga Maya Karin ada pulang ke London dan kongsikan sekeping gambar menerusi akaun Instagram beliau & menulis “…just arrived at my other home. London for a week again”

Maya Karin Beli Kediaman Bernilai RM2 Juta Di London? - ROTIKAYA

Laporan akhbar itu juga menyebut yang kediaman ini di’beli oleh Maya Karin bersama adiknya yang masih bujang. Baguslah untuk mereka berdua, dalam usia muda rajin mengumpul harta untuk masa hadapan.

Khabarnya sehingga ke hari ini, Maya Karin sendiri sudah mempunyai beberapa aset hartanah di Damansara, Kuala Lumpur & Terengganu hasil penat lelah beliau dalam dunia hiburan dan menjadi jurucakap pelbagai produk.