“Kalau Nampak Kami Bersama Di Luar, Itu Kerana Anak” 

Pelakon dan pempengaruh Norreen Iman berkata dia memilih untuk menjaga hubungan baik dengan bekas suaminya, Mohd Razzi demi anak-anak mereka.

Memetik Oh Bulan, Norreen berkata meskipun dia dan Razzi sudah berpisah namun anak-anak masih memerlukan mereka.
Tambah Norreen, dia dan bekas suaminya mengambil pendekatan untuk co-parenting agar emosi anak-anak lebih terjaga.

BACA: Ditegur Depan-Depan Minta Pakai Tudung, Norreen Iman Hanya Senyum 

“Kalau saya jumpa Razzi di mana-mana pun mungkin itu antara momen kami dengan anak-beranak, kerana anak kami masih perlukan kami.

“Walaupun sudah tidak lagi hidup bersama, tidak bermakna yang kami langsung tak boleh nak berjumpa bila-bila namun semua itu demi anak. Jadi, saya dan Razzi memilih mempraktikkan kehidupan lebih sihat iaitu co-parenting,” katanya.

Dalam pada itu, Norreen berkata seandainya ada yang melihat pertemuan mereka ianya adalah demi anak-anak.

“Tidak perlulah bermusuh atau merayu untuk berjumpa. Kalau netizen nampak kami bersama di luar, itu kerana anak dan bukan masalah mereka pun,” katanya.

Terdahulu, Norreen dan Razzi sah bercerai talak satu pada 21 Mei lalu. Pasangan itu mempunyai dua orang cahaya mata. 

Sumber: Oh Bulan

×