Terkini! Maya Karin & Suami Hadir Ke Mahkamah Untuk Tuntut Cerai?
June 24, 2010 by RotiKaya Staff
Filed under Celebrities, Gossip, News

Maya Karin Roelcke dan suaminya, Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali Abdullah, keluar dari kamar hakim sebentar tadi.
Bagaimanapun, pasangan itu enggan memberikan sebarang ulasan mengenai kehadiran mereka di mahkamah.
Menurut sumber mahkamah, mereka memohon untuk pendaftaran dan pengesahan perkahwinan mereka.
Peguam kedua-dua pihak juga enggan mengulas atas arahan anak guam. Can you believe that? Not one bit. Kita tunggu perkembangan sebenar kehadiran mereka ke mahkamah.
Para wartawan awam di sebuah forum hiburan popular sejak pagi sudah mula membuat spekulasi tentang seorang selebriti terkenal menuntut cerai petang ini. Mungkinkah Maya Karin?
Berita dari Berita Harian Online,kami copy pasta untuk mengelakkan kekeliruan fakta (alasan baik sebab malas taip ayat sendiri).
Update: Murai Batu menulis tentang seorang pelakon wanita yang baru mahu mendaftarkan perkahwinan. Macam ada sesuatu yang tidak kena.
(Gossip) Suami Maya Karin Bersiap Balik Kampung, Hantar Notis Berhenti
April 13, 2010 by RotiKaya Staff
Filed under Celebrities, Gossip

Ini perkembangan terbaru kami terima tentang Steven Shorthose, suami Maya Karin yang mengajar di sebuah sekolah antarabangsa di ibu negara.
Menurut satu sumber yang bekerja satu tempat dengan Steven Shorthose, jejaka Liverpool England ini sudah menghantar notis berhenti kerja kepada pentadbiran Alice Smith International School.
Sumber juga ada menyebut yang Steven Shorthose kini sedang bersiap untuk pulang ke negara asal beliau. Jika ini benar, ini satu perkembangan yang kurang sihat buat rumahtangga Maya Karin.
Seperti umum sedia maklum, Maya Karin sendiri mengakui yang rumahtangga beliau sedang menghadapi masalah beberapa minggu lalu.
Namun apa yang kami lihat, Maya Karin nampaknya semakin rancak di’lihat bersama selebriti bujang lain seperti Remy Ishak & Farid Kamil.
Bukankah sekarang masa yang lebih baik untuk Maya Karin luangkan lebih banyak masa & tenaga buat suami tercinta?
Mungkin dengan cara itu mereka boleh cari jalan penyelesaian untuk selamatkan rumahtangga mereka.
(Gossip) Maya Karin & Suami Dalam Fasa Retak Menanti Belah?
February 13, 2010 by RotiKaya Staff
Filed under Celebrities, Gossip

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.
Susah sebenarnya untuk kami percaya yang nama Maya Karin timbul dalam kalangan mereka yang mengalami masalah rumahtangga.
Gossip yang timbul 48 jam lepas ini memberi bayangan bahawa keadaan rumahtangga pelakon berbakat Malaysia ini sedang goyah menanti rebah.
Menurut satu sumber, suami Maya Karin, Steven David Shorthose atau namanya Islamnya, Muhammad Ali, telah berpindah keluar rumah kediaman mereka.
Semua’nya di’katakan berpunca daripada sikap Maya Karin yang bermain kayu tiga dengan seseorang yang berada & mengakui hubungan itu kepada suami.
Suami Maya Karin di’katakan telah memfailkan penceraian Isnin lalu. Jika benar, pasti ada akhbar yang membuat liputan bukan?
Untuk membela diri, Maya Karin di’katakan melakukan semua itu kerana beliau & suami jarang meluangkan masa bersama.
Sayang sebenarnya jika perkahwinan mereka menghadapi masalah sebesar ini kerana mereka kelihatan bahagia bersama.
Maya Karin yang kami sayangi, tolong jawab.
(Undi) Pelakon Filem Wanita Popular Pilihan Pembaca RotiKaya
January 21, 2010 by RotiKaya Staff
Filed under Celebrities

Semalam, para selebriti mengucapkan tahniah antara satu sama lain kerana ada rakan artis yang tersenarai dalam Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009.
Oleh kerana ada antara kita yang malas untuk mengundi secara konvensional, kami rasa ada baiknya kita buat undian sendiri.
Kami akan memilih beberapa kategori yang sengit dalam Anugerah Bintang Popular kali ini & memberikan anda hak 100% memilih siapa yang layak memegang gelaran popular.
Hari ini kita mulakan dengan kategori Pelakon Filem Wanita Popular & berikut adalah calon-calon’nya.
Anda di’benarkan untuk memilih lebih dari sekali kerana ini adalah undian bebas RotiKaya & pemenang tidak menerima apa-apa.
Siapakah Pelakon Filem Wanita Popular Pilihan Anda?
- Lisa Surihani (37%, 364 Votes)
- Sharifah Amani (25%, 248 Votes)
- Maya Karin (16%, 153 Votes)
- Liyana Jasmay (15%, 144 Votes)
- Diana Danielle (7%, 76 Votes)
Total Voters: 985
Maya Karin & Suami Tanam Sayur Sendiri, Masih Bencikan Matematik
December 27, 2009 by RotiKaya Staff
Filed under Celebrities, News
(Sumber Gambar & Berita: Terima Kasih KOSMO! Online)
Keluar topik sedikit, hari ini Zubir The King tidak menulis apa-apa yang signifikan buat peminat hiburan Malaysia.
Cuma, ada tulis nota pendek mendakwa ada artis ‘kekwat’ tidak bertempat dengan wartawan. Tipikal Zubir.
Berbalik kepada Maya Karin yang semakin hari semakin awesome, dalam KOSMO! hari ini beliau memberitahu yang suaminya seorang yang kuat bertani.
Maya Karin & suami di’katakan menanam sendiri sayur di’apartment mereka seperti timun, tomato, kacang panjang & macam-macam lagi.
Baru-baru ini kata Maya Karin, beliau dapat menikmati rempah basil hasil tanaman suami tercinta. Untung Maya Karin dapat suami yang rajin sebegitu.
Beliau & suami yang akan berpindah ke Sungai Penchala tidak lama lagi mendakwa aktiviti bercucuk tanam ini akan di’teruskan dengan lebih serius.
Walaupun berkahwin dengan seorang guru Matematik, Maya Karin masih tidak sukakan subjek tersebut & suaminya pun jarang bercakap tentang hal sekolah di’rumah.
Jika kami mampu bagi anugerah pasangan suami & isteri paling awesome dari kalangan artis, Maya Karin & suaminya akan menang tanpa soal.

