Transformasi GLAM Siti Nurhaliza, Kini Undi Mana Satu Kegemaran Anda

Selamat datang sekali lagi wahai hari minggu yang di’nanti sejak lima hari yang lalu. Seperti biasa.

Kami sebenarnya ingin memuji usaha majalah GLAM yang berani tampilkan kelainan dalam usaha untuk terus relevan.

Projek transformasi epik Dato’ Siti Nurhaliza ini mendapat liputan agak meluas dari laman hiburan atas talian yang jarang jarang berlaku untuk sebuah majalah.

GLAM tampil dengan 4 rekaan muka hadapan eksklusif yang menampilkan Siti Nurhaliza dalam imej klasik ikon muzik Hollywood Madonna.

Secara peribadi, kami sukakan kesemua rekaan yang di’tampilkan GLAM kali ini kerana bukan mudah untuk kita semua nikmati hasil sebegini.

Anda pula bagaimana? Tatap empat muka hadapan istimewa GLAM edisi Januari 2012 bersama Siti Nurhaliza selepas ini dan tentukan yang mana satu pilihan kalbu. Ini aktiviti ringan hujung minggu anda. Teruskan Membaca

Video: Siti Nurhaliza Lancarkan Video Klip Rasmi Falling In Love

Beberapa hari lalu, ada dengar dengar mengatakan video klip rasmi terbaru Siti Nurhaliza telah bocor ke’internet untuk beberapa jam sebelum di’tarik balik.

Hari ini, video klip rasmi untuk single Falling In Love sekali lagi kelihatan tetapi kali ini versi penuh dan bukan dari akaun rasmi Youtube Siti Nurhaliza, Siti Digital.

Video muzik yang berlatarbelakangkan pusat membeli belah untuk orang orang kaya Malaysia, Pavilion ini berkonsepkan santai & menampilkan ratusan penari professional.

Kami juga tidak pasti sama ada ini merupakan pelancaran rasmi video muzik ini atau seseorang dalam produksi Siti Nurhaliza membocorkan ke internet lebih awal.

Kami sempat berada di lokasi penggambaran video muzik ini sekitar pertengahan September lalu & tidak sangka sebulan selepas ianya di’rakamkan, produksi sudah berjaya membawakan versi penuh ke Youtube. Teruskan Membaca

Eira Syazira & Azad Jasmin Keluarkan Single Sempena Perkahwinan

Benar kata rakan media kami di majlis pernikahan Nabil & Zira petang tadi, bulan September bulan selebriti kahwin.

Itu jauh lebih dari kita peminat hiburan semua mempunyai bulan para selebriti di’tangkap khalwat bukan?

Salah satu pasangan yang sudah mengikat janji pada bulan September ini adalah Eira Syazira & Azad Jasmin. Mereka bernikah 16 September lalu di Putrajaya.

Namun begitu, majlis resepsi di’kedua dua belah pihak akan di’langsungkan sekitar November tahun ini — 18 November untuk Kuala Lumpur & 26 November untuk majlis di Pulau Pinang.

Dalam kesibukan mengatur & mempersiapkan majlis resepsi mereka nanti, Eira Syazira & Azad Jasmin sempat merakamkan sebuah single terbaru duet antara mereka berdua berjudul Sajak Dari Hati.

Eira Syazira menulis di laman Facebook rasmi beliau yang lagu penuh Sajak Dari Hati bakal di’lancarkan tidak lama lagi.

Kami berharap ianya akan di’lancarkan ketika majlis resepsi mereka, lebih bermakna. Anda boleh dengarkan preview lagu Sajak Dari Hati nyanyian Eira Syazira & Azad Jasmin selepas ini. Teruskan Membaca

Gambar: Wajah Terbaru Diana Amir Di Pejabat Urusan Metrowealth

Secara kebetulan kami berjumpa dengan aktress muda yang baru berhijrah ini petang tadi.

Pertemuan tidak di’rancang dengan Diana Amir mencetuskan idea untuk sessi fotografi mini di sekitar bangunan pejabat urusan Metrowealth.

Diana Amir sebenarnya dalam perjalanan ke rumah terbuka Bernama dan singgah ke pejabat Metrowealth untuk pergi bersama David Teo dan beberapa orang staff di’sana.

Kami sempat bertanyakan kepada Diana Amir, bagaimana reaksi peminat terhadap perubahan diri beliau & menurut si manis ini, respons yang di’terima begitu positif dan bersyukur dengan sokongan para peminat.

Menurut Diana Amir juga, beliau masih belum memulakan apa apa projek seni yang bersesuaian dengan imej baru beliau dan usaha untuk memastikan nama beliau terus ada dalam dunia seni akan di’teruskan.

Lagi gambar imej baru Diana Amir selepas ini. Gambar penuh kesopanan dan sangat kontra dengan apa yang anda semua terima 24 jam yang lepas. EnjoiceTeruskan Membaca

Video: Persembahan Live Siti Nurhaliza Ketika Pelancaran Album Inggeris

Mari kita teruskan demam Siti Nurhaliza untuk hari ini dengan video persembahan live Siti Nurhaliza ketika pelancaran album Inggeris pertama beliau All Your Love semalam.

Kami pasti persembahan pertama untuk lagu Falling in Love adalah 100% live tetapi kami juga agak pasti yang lagu kedua berjudul Remember You yang menampilkan nyanyian bersama Sean Kingston merupakan miming.

Seperti kami katakan dalam entri sebelum ini, kami sukakan lagu duet Siti Nurhaliza & Sean Kingston yang pada kami memang di’luar kebiasaan Siti Nurhaliza — dan mampu untuk popular.

Cakap banyak pun tiada guna’nya, tonton video persembahan live di’atas dan kalau berani, kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Lontarkan pendapat yang jujur dan ikhlas please. Teruskan Membaca