fbpx

Aliff Aziz Menangis, Mohon Maaf Kepada Bella Astillah

Selepas sekian lama berdiam diri, pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz akhirnya muncul dalam satu sesi podcast bersama Thecommonfolkssg.

Menerusi video di TikTok, Aliff menjelaskan punca mengapa baru sekarang dia munculkan diri kerana jika dia yang bersuara terlebih dahulu keadaan akan jadi lebih teruk.

BACA: Erma Fatima Terbuka Kerjasama Dengan Ruhainies & Aliff Aziz

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The Common Folks (@thecommonfolkssg)

“Semua orang nak bercakap, selalunya orang yang bersalah ni dia kena cakap last lah. Sebab kalau aku yang cakap dulu, peraka tu akan berbalas-balas dan ia akan jadi lebih teruk dan ‘bising’,” katanya.

Ditanya mengapa dia mengeluarkan cerita buruk mengenai isterinya, Bella Astillah, Aliff berkata dia menyesal dengan tindakannya.

“Itu benda yang salah, aku menyesal kerana dia tetap ibu kepada dua anak aku. Tapi pada masa tu, aku dikuasai rasa marah dan kecewa,” katanya.

Sementara itu, apabila ditanya apa yang ingin dikatakan kepada Bella Astillah, penyanyi ini hanya mampu diam sebelum mengalirkan air mata.

SUMBER: Thecommonfolkssg.