fbpx

Abby Abadi Dedah Aslam Bawa Grab & Berniaga

Pelakon Abby Abadi berkata dia masih tidak percaya apabila anak perempuannya Marissa Dania Hakim memilih untuk hidup berpoligami.

Memetik mStar Online, Abby berkata dia menerima kenyataan namun masih ralat dengan apa yang berlaku serta tertanya-tanya dengan keputusan anaknya itu.

BACA: “Adik Selalu Doa, Dosa Papa Bagi Dekat Adik” – Marissa Mohon Ampun Pada Norman

“Saya bukan orang yang boleh hidup berpoligami dan sebab itu apa berlaku dulu saya pilih bercerai sebab tak sanggup berkongsi.

“Tapi benda yang saya tak mahu datang sebagai ujian pada anak saya. Saya pun tak tahu kenapa anak saya pilih untuk bergelar isteri kedua,” katanya.

Sementara itu, Abby berkata dia sudah berjumpa dengan madu anaknya iaitu Misya untuk selesaikan masalah mereka. Kata Abby lagi, kesilapan anaknya itu adalah besar namun tidak sepatutnya meletakkan kesalahan pada satu pihak saja.

“Saya akui anak saya buat kesilapan besar tapi bukan salah dia seorang. Saya tak faham kenapa semua menunding jari pada Marissa sahaja seperti Aslam langsung tak bersalah.

“Saya rasa pelik kenapa orang Malaysia beranggapan sebegitu. Siapa guna istilah penyondol. Habis lelaki tak salah? Pada saya masing-masing ada silap,” katanya.

Dalam pada itu, Abby mendedahkan menantunya iaitu Aslam bekerja sebagai pemandu e-hailing untuk menampung kehidupan keluarga serta berniaga untuk menambah pendapatan.

“Saya tiada peluang lagi nak bersembang tapi apa yang saya tahu Aslam bawa Grab dan masing-masing pun berniaga. Jadi doakan sahaja yang baik dan saya rasa mereka ada masa depan yang baik,” katanya.

SUMBER: mStar Online