fbpx

Maya Karin: Kalau Tidak Kerana Kerja, Saya Akan Bercuti Dua Tahun

Pertama sekali, selamat hari Malaysia kepada semua. Di kesempatan ini, kami mengambil peluang untuk bangun jam 12 tengah hari. Like a boss!

Maya Karin telah pulang dari percutian panjang beliau ke Australia selama dua minggu.

Dek kerana mood bercuti yang masih ada menurut Maya Karin, ada beberapa skrip drama & filem yang belum di’usik sehingga hari ini.

Maya Karin bercakap kepada Berita Harian baru baru ini bahawa jika tidak kerana kerja beliau di Malaysia, mungkin sudah lama Maya Karin ambil keputusan untuk bercuti buat setahun dua.

Bercakap mengenai projek terbaru, Maya Karin akan muncul dengan album solo tidak lama lagi. Lapan buah lagu telah beliau rakamkan sehingga hari ini dan menunggu kemasan terakhir.

Maya Karin dalam temubual yang sama mengingatkan pelakon muda supaya merancang masa hadapan dengan membuat keputusan bijak dalam pelaburan hartanah.

Maya Karin sendiri memberitahu yang beliau kini memiliki beberapa lot kedai, pangsapuri, banglo & terbaru sebidang tanah di Terengganu. Maya Karin yakin dengan pelaburan hartanah kerana nilainya yang tidak pernah susut.